Petua Lama – Elak Rambut Gugur
Masalah keguguran rambut selalunya menghantui kebanyakan individu yang agak berusia. Namun, memang tak dinafikan ada juga golongan muda yang mengalami masalah serupa. Jadi, apakata anda yang sedang berhadapan masalah ini mencuba petua elak rambut gugur berikut.
Bahan utama yang anda perlukan ialah daun jeruju putih. Kaedah melaksanakannya pula ada dua. Pertama, dengan cara merebus dan keduanya dengan cara menumbuk halus.

Jeruju Putih (Acanthus Ilicifolius)
Kaedah 1 – Merebus
1. Ambil beberapa helai daun jeruju putih dan bersihkan.
2. Rebus daun tersebut hingga mendidih.
3. Kemudian, biarkan air tersebut beberapa minit.
4. Akhir sekali, lumurkan air rebusan tadi ke seluruh kepala. Sambil tu, urutlah kepala anda sekali.
Pastikan juga ia membasahi keseluruhan bahagian rambut anda.
Read the rest of this entry »
Tags: acanthus ilicifolius, anda, Daun, Elak Rambut Gugur, masalah keguguran rambut, petua, petua melayu, petua melayu lama, petua orang lama, petua orang melayu, Petua Orang Tua, Petua Rambut Botak, Petua Rambut Gugur, Petua Rawatan Rambut Gugur, petua tradisional, Petua Tradisional Melayu, rambut, rambut gugur, Tips Rambut Gugur, yang
Petua Mengurangkan Rambut Gugur:
Let’s try this Malay Traditional Advice:
How to avoid hair drops

Get Alo Vera, cut and squeeze until get it mucus (gel). Mix up Alo Vera mucus (gel) with white hibiscus flower and its leaf. Mix this ingredient into blander along with a plenty of water.
Add this mixed ingredient into your head and massage your head gently. Wait until 30 minute than take a bath and wash your hair as usual.
Try this once a day, and you can see a difference after 1 week
Petua Mengurangkan Rambut Gugur:
Mari cuba petua ini, saya dapati rambut yang gugur telah berkurangan dengan kadar yang segera. Anda sendiri boleh mencubanya kerana ianya mudah sahaja.
Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 minit, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa.
Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya…. anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.
note: bagi yang sukar untuk mendapatkan bunga raya putih dan daun lidah buaya, saya nasihatkan mulalah menanam pokok-pokok ini di rumah anda atau dapatkan ia di kampung.
Tags: elak kelumumur, petua melayu, petua penjagaan rambut, petua rambut, rambut gugur