Petua Menghilangkan Jerawat dan Jeragat di Muka
Masalah jerawat agak mendapat perhatian ramai sejak akhir-akhir ini. Justeru, saya cuba sedaya-upaya untuk berkongsikan pelbagai alternatif untuk menghilangkan jerawat terutamanya di bahagian muka.
Cuma saya berharap agar anda tak mudah menyerah dalam menangani masalah ini. Sebaliknya, berusahalah secara berterusan (istiqamah).
Sehubungan itu, di sini saya kongsikan satu lagi petua menghilangkan jerawat dan jeragat. Bahan yang anda perlukan adalah daun pokok tea.
Bagaimanakah agaknya rupa daun pokok tea ni? Nah, silakanlah melihatnya di bawah ini:



contoh pokok tea (melaleuca alternifolia)
Apa yang perlu anda lakukan ialah:
1. Ambil beberapa helai daun pokok tea dan bersihkannya terlebih dulu.
2. Kemudian, gosokkan daun pokok tea tadi pada kawasan jerawat di muka anda dengan lembut. Read the rest of this entry »
Tags: anda, jeragat, jerawat, Kesihatan Muka, Kesihatan Wajah, langkah keselamatan, masalah jerawat, melaleuca alternifolia, Menghilangkan Jeragat, menghilangkan jerawat, muka, petua jeragat, Petua Jerawat, petua menghilangkan jerawat, Petua Muka, petua wajah, pokok, pokok tea
Amalan Harian Untuk Wajah Awet Muda
Wajah seseorang yang sentiasa awet muda pasti ada rahsia di sebaliknya. Pernah tak anda tanya kat mereka? Selalunya individu tersebut akan mengatakan “Takde apa-apa rahsia. Hanya amalan biasa je.”
Amalan biasa yang dimaksudkan tu biasanya ialah menjaga pemakanan seperti memakan ulam-ulaman atau minum jus tomato, bersenam secara teratur dan sentiasa memelihara air sembahyang.
Namun, ada satu lagi petua yang ingin saya kongsikan. Khasnya buat anda yang beragama Islam.
Sebelum itu, anda perlulah mengamalkan amalan ini dengan ikhlas yer.
Iaitu setiap kali selepas solat Subuh, anda bacalah Surah Yusuff. Sejurus selesai membacanya, anda minum air suam sebanyak 3 teguk.
Kalau boleh, amalkan setiap hari mudah-mudahan wajah anda kelihatan lebih muda dan berseri-seri secara semulajadi.
Selamat Mencuba!
Tags: amalan awet muda, awet muda, petua awet muda, petua kecantikan, petua kekal muda, petua melayu, petua orang lama, petua wajah