
Posts Tagged petua rambut
Bawang Putih Hapuskan Kutu Kepala

Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu. Selamat mencuba.
Petua Hilangkan Kelemumur]

Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi. Selamat mencuba.
Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, caranya masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan , setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu sekali
URUTAN WAJAH CARA BETUL
Jun 14
Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas bangun daripada tidur. Sebenarnya, itulah masa sesuai untuk mengurut wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya cara menurun kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di wajah. Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.



