Posts Tagged petua kesihatan

Petua Mencegah Penyakit Batu Karang

Petua Mencegah Penyakit Batu Karang

Batu karang ialah sejenis penyakit yang selalunya berpunca daripada kekurangan kadar sitrat di dalam tubuh badan anda. Ringkasnya, terdapat dua jenis penyakit batu karang yang biasa dihidapi. Pertamanya, batu karang kalsium oksalat dan keduanya batu karang asid urik.

Selain daripada dua yang biasa tu, anda juga mungkin pernah dengan akan batu karang kalsium fosfat.

Walau apapun jenis batu karang itu, persoalannya sekarang adalah bagaimanakah cara nak mencegah ataupun mengurangkan risiko batu karang ni?

Umumnya, anda disarankan agar banyakkan meminum air kosong terutamanya ketika waktu malam. Tak lupa juga, sila kurangkan pengambilan makanan laut, daging merah dan segala jenis makanan yang mengandungi asid urik, kalsium dan vitamin D.

Read the rest of this entry »

Tags: , , , , , ,

Petua Kesihatan: Khasiat Sayur Bayam

Petua Kesihatan: Khasiat Sayur Bayam

Bayam mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia mengandungi protein, selulus, karotin, vitamin B1, B2 dan C, asid oxalic, kalsium, fosforus dan kandungan zat besi yang banyak. Rasanya agak manis dan sejuk.

Kerana kandungan zat besi yang tinggi, ia boleh menyembuhkan penyakit kurang darah (anaemia), meredakan tekanan darah tinggi dan sembelit. Ia juga boleh membantu penghadaman.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Petua Tradisional Menurunkan Darah Tinggi

Petua Tradisional Menurunkan Darah Tinggi

Bagi pesakit darah tinggi, ada satu lagi petua tradisional untuk anda. Petua ni dikatakan boleh menurunkan darah tinggi dengan segera. Sekiranya anda diserang darah tinggi, cuba lakukan dua langkah berikut.

Langkah 1:
Buat solat hajat 2 rakaat dan mohonlah kepada-Nya tentang hajat anda.
Langkah 2:
a. Ambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkannya.
b. Kisar bawang putih tadi untuk dijadikan jus.
c. Kemudian, ambil 6 titik jus tadi dan campurkannya ke dalam segelas air kosong.
d. Minum air tersebut 3 kali sehari.
Sekali lagi, pastikan anda buat langkah-langkah di atas ketika diserang darah tinggi. Mudah-mudahan ia mampu dijadikan sebagai penawar atau ubat darah tinggi anda tu.
Selamat Mencuba!

Tags: , , , , ,

Bahaya Pemutih Yang Mengandungi Merkuri

Bahaya Pemutih Yang Mengandungi Merkuri

Mengapa bahan pemutih yang menggunakan merkuri dianggap kurang baik kesannya pada wajah? Merkuri inorganik dalam krim pemutih boleh mendatangkan kesan kepada wajah apabila menggunakannya terlalu lama. Lebih buruk lagi kesan ini tidak terlihat di wajah semata-mata, ia kadangkala memberi impak pada masalah dalaman lain seperti gangguan sistem saraf, seperti tremor, insomnia, gangguan penglihatan, gerakan tangan abnormal, gangguan emosi malahan membawa masalah kepada ginjal.

Hal ini terjadi kerana tindakbalas merkuri melalui penyerapan pada kulit yang seterusnya diserap melalui darah. Jadi sebelum membeli atau menggunakan krim pemutih, pastikan dahulu yang kandungan merkurinya masih lagi dalam jumlah yang terkawal dan dibenarkan.

Lebih baik lagi, elakkan sahaja krim-krim pemutih yang mengandungi merkuri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,