Tips Penawar Kencing Manis
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
Tanda-Tanda Awal Kencing Manis
1. kerap membuang air kecil
2. berat badan yang menurun
3. sentiasa merasa lapar
4. sentiasa merasa haus dahaga
5. letih yang tidak menentu
6. pandangan semakin menjadi kabur
7. mudah mendapat penyakit kulit
8. merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan
Read the rest of this entry »
Tags: air, buah petai, dan, makanan karbohidrat, malaysia herbs, Penawar Kencing Manis, penjagaan kesihatan, penjagaan kesihatan wanita, penyakit kencing manis, peredaran darah, petai belalang, petua kecantikan, Petua Kencing Manis, petua kesihatan, petua melayu, petua orang lama, petua tradisional, Petua Tradisional Melayu, pokok petai, sehingga, Tapis, Tips Kencing Manis, yang
Tips Memutihkan bawah lengan

Untuk mendapatkan bawah lengan yang lebih putih, gaulkan semangkuk hampas kelapa bersama air perahan limau nipis. Kemudian gosokkan pada bawah lengan anda ketika mandi. Biarkan seketika sebelum dibilas bersih. Jika diamalkan selalu, anda akan melihat perubahannya dalam masa dua minggu. Selamat mencuba.
Tags: kegunaan hampas kelapa, khasiat limau nipis, Memutihkan bawah lengan, petua kecantikan, petua kecantikan diri, petua kecantikan tangan, petua kesihatan, petua tangan, Tips bawah lengan
Sebaik saja anda selesai mengambil makanan yang manis, otak akan melepaskan zat kimia yang dipanggil opioids. Zat ini akan menimbulkan perasaan tenang secara berpanjangan. Namun, anda mesti berhati-hati dengan perkara ini. Dikhuatiri otak akan mengalami ketagihan. Bahkan, ketagihan gula lebih kuat dan payah diatasi berbanding ketagihan narkotik maupun alkohol. Makanan manis pun bukan selamanya baik untuk tubuh anda. Banyak risiko yang akan dialami jika pengambilannya tidak dibuat secara berhati-hati.
Tags: petua, petua kesihatan, petua melayu, petua orang lama, petua tradisional, petua wanita
Petua Mengatasi Masalah Kurang Darah
Masalah kurang darah ni boleh berlaku ke atas kanak-kanak, ibu hamil dan juga orang dewasa yang tinggal di pedalaman. Anda yang mengalami masalah ini biasanya akan kelihatan pucat, lesu dan tak bersemangat. Justeru, anda tidak digalakkan berjalan kaki dalam jarak jauh kerana dikhuatiri boleh menyebabkan pengsan.
Antara punca kurang darah adalah disebabkan kekurangan zat protein dan zat besi, wanita yang kerap hamil dan tak teratur, penyakit malaria dan juga jangkitan cacing.
Untuk itu, ada satu petua tradisional yang boleh anda cuba bagi mengatasi penyakit ini.
Mula-mula anda sediakan dulu bahan-bahan ini;
- 2 biji telur ayam.
- 1 sudu makan madu asli.
- 1 biji limau nipis.
- Segenggam daun bayam
Kemudian, anda ikuti beberapa langkah di bawah ni;
- Ambil kuning telur saja dan pukul sehingga rata.
- Masukkan madu ke dalam kuning telur tadi dan kacau sampai rata.
- Seterusnya, perahkan air limau nipis pula ke dalam campuran tadi dan kacau lagi.
- Tumbuk dahulu daun bayam. Kemudian, anda ambil airnya dan masukkan bersama campuran kuning telur, madu dan air limau nipis tadi.
- Kacau sekali lagi agar campuran tersebut sebati.
- Akhir sekali, minumlah air daripada 4 ramuan di atas.
Amalkan meminum air ini selama 3 hari berturut-turut agar badan anda lebih sihat dan segar. Selepas itu, anda dah boleh menjarakkan tempoh meminumnya. Iaitu minum dalam seminggu sekali ataupun buat 2 minggu sekali. Mudah-mudahan anda tidak akan kekurangan darah lagi.
Selamat Mencuba!
Tags: khasiat ari limau nipis, khasiat daun bayam, khasiat kuning telur, petua kesihatan, petua kurang darah, petua melayu, petua melayu lama, Petua Tradisional Melayu