Posts Tagged Petua Dapur

Infomasi Lengkap Influenza A (H1N1)

1.Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).
Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.

2.Apakah yang anda perlu tahu berkaitan dengan jangkitan pernafasan?

Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu :-

* Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI)

1. Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam persekitaran
2. Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair, hidung tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil (chills) dan keletihan. Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like-illness (ILI)
3. Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini
4. Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma, diabetes, penyakit paru-paru kronik , obesiti dan kegagalan organ.

* Common Cold

1. Disebabkan oleh berbagai jenis virus
2. Gejala utama adalah hidung tersumbat/hidung berair/bersin/sakit tekak/gatal tekak/batuk dan pesakit mungkin mengalami demam
3. Gejala ini lebih ringan daripada seasonal flu dan biasanya pesakit sembuh dalam masa 3-10 hari

* Pharyngitis / radang tekak
1. Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di bahagian tekak
2. Gejala utama adalah sakit tekak dan demam
3. Kebiasaannya ia memerlukan rawatan antibiotik dan rawatan simptomatik seperti ubat demam/sakit tekak dan sebagainya

* Pneumonia/ jangkitan paru-paru
1. Kebiasaanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di dalam paru-paru
2. Gejala utama adalah demam/batuk berkahak/sukar bernafas
3. Pesakit perlu mendapat rawatan di hospital

3.Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?

Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara. Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.

Read the rest of this entry »

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Mengubat Migrain dari Al Ustaz Dr. Haron Din

Daun misai kucing (orthosiphon stamineus) dimasukkan ke dalam segelas air ayng baru mendidih. Di minum waktu pagi dan malam sebelum tidur. Jumlah daun bergantung kepada penyakit. Sakit yang serius memerlukan jumlah daun yang lebih banyak.

Doa :

1. Al-Fatihah

2. Selawat Syifa'

"Allahumma sholli 'alaa sayyidina muhammadin thibbal quluubi wadawaa ihaa wa'aa fiyatil abdaani wa syifaa iha waa nuuril abshori wadhiyo iha wa 'alaa aalihi wassohbihi wabarik salam"

Maksud : "Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW, yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabatnya"

3. "La yu shod da'una 'anha walaa yunzifun"

Maksud : "Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk"

*Pesakit perlu menjaga makanan seperti yang disarankan oleh doktor, perlu ketenangan dan cukup tidur.

*Doa dibaca pada pesakit dan bahan. Air dibuat mandi dan minum. Pesakit yang teruk hendaklah baring dengan menghalakan kepala ke arah kiblat. Zikir dgn tenang hingga air di seluruh tubuh kering sendiri atau sehingga tertidur.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Hilangkan Masalah Keputihan

Caranya ialah dengan merebus segenggam daun pegaga bersama akarnya sehingga mendidih. Kemudian campurkan sedikit garam dan biarkan suam. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci bahagian sulit anda. Amalkan 3 kali seminggu. Selamat mencuba.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Udang Sentiasa Segar

Bagi anda yang tidak mempunyai peti sejuk untuk menyimpan udang, anda bolehlah menggunakan petua ini. Caranya ialah dengan membersihkan udang tersebut dan sejatkan airnya sehingga kering. Selepas itu, gaulkan dengan sedikit gula dan simpan di dalam bekas yang kedap udara. Insya-Allah udang anda akan sentiasa segar biarpun disimpan selama dua hari. Selamat mencuba.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,