Daun Gajus Elak Bau Hamis Daging Kambing

Sememangnya daging kambing kurang menjaadi pilihan kerana baunya yang hamis. Untuk menghilangkan bau tersebut, semasa membasuh dagingnya ramas bersama daun gajus dalam air selama beberapa minit. Kemudian bilas dan masak seperti biasa. Ianya bukan sahaja menghilangkan bau yang kurang enak malah menyedapkan rasa daging kembing tersebut.
Tags: Petua Daging Kambing, Petua Dapur, Petua Masakan, Petua Masakan Kambing, petua orang lama
Petua Penjagaan Wajah Dengan Sayur-Sayuran
Menjaga kulit muka tak semestinya memakan kos yang tinggi. Sebaliknya, anda boleh sediakan sendiri ramuannya dengan menggunakan sayur-sayuran dan herba. Antara bahan yang boleh digunakan untuk rawatan muka adalah daun pegaga, lobak merah, terung muda dan cekur.

Kini, anda dah boleh menjimatkan duit dengan menggunakan beberapa tips penjagaan muka berikut;
Daun Pegaga:
1. Ambil daun pegaga dan basuh sampai bersih.
2. Tumbuk daun pegaga tadi sehingga hancur.
3. Campurkannya dengan sedikit air.
Read the rest of this entry »
Tags: beautiful skin, gadis melayu, kecantikan kulit, Khasiat Sayur Sayuran, orang melayu, penjagaan kesihatan wanita, Petua Dapur, petua kecantikan, petua kecantikan badan, petua kecantikan gadis, petua kecantikan rambut, petua kecantikan wajah, petua melayu, petua orang lama, petua orang melayu, Petua Orang Tua, Petua Penjagaan Wajah, Petua Tradisional Melayu, wanita melayu
Tips elak bekas makanan dari berbau

Bekas menyimpan makanan yang terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Untuk mengatasinya, rendamkan beberapa helai kertas surat khabar ke dalam bekas tersebut. Biarkan selama dua jam hingga tiga jam dan bilas. Insya-Allah, bekas tersebut tidak lagi berbau. Selamat mencuba.
Tags: bekas makanan, parti tupperware, Petua Dapur, petua lama, petua tupperware, plastik makanan, tips tupperware, tupperware
Petua menghalau kutu beras
Beras yang disimpan lama di dalam tong atau bekas yang kedap udara pasti mengundang bau hapak dan terdapat kutu beras.
Petua menghalau kutu beras (Petua 1)
Untuk menghalau kutu-kutu beras ini, anda boleh mengambil beberapa helai daun serai, simpulkan ia dan letakkan di dalam tong beras tadi. Dalam beberapa jam kutu-kutu beras akan keluar dan tidak datang lagi.
Petua menghalau kutu beras (Petua 2)
Tuang/Isi beras di dalam bekas leper seperti dulang kecil dan lampirkan dengan kain yang lembab, kutu beras akan timbul dari celah celah beras dan melekat di kain yang lembab. Sesuai untuk beras kuantiti yang sedikit.
Petua menghalau kutu beras (Petua 3)
Tuang/Isi beras di dalam dulang dan jemur di terik panas matahari. Kutu beras akan mati. Sesuai untuk beras kuantiti yang banyak (berkilo-kilo)
Selamat mencuba.
Tags: hapuskan kutu beras, hilangkan kutu beras, masaalah kutu beras, Petua Dapur, petua kutu beras, Petua Masakan, petua orang lama, tips kutu beras