Posts Tagged penjagaan kesihatan wanita

Petua Rawatan Faraj Berair dan Berbau

Petua Rawatan Faraj Berair dan Berbau


Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan, eloklah mencuba petua ini. Ambil segenggam serbuk teh, letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 2 minit. Selepas itu basuh rata-rata dengan air teh itu. Lakukan 2 kali pada waktu pagi dan malam.

Selamat mencuba!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Petua Ketatkan Faraj Gadis

Petua Ketatkan Faraj Gadis

Petua 1

Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut dan pinang muda. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan airnya yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan diperah bagi mendapatkan air yg pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air. Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan masukkan ke dalam lubang faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.

Petua 2

Rebus biji manjakani dan air rebusan itu dijadikan bahan pencuci faraj. Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau yang tidak enak.

Selamat mencuba!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Petua Tahan Lama (Tips Lambat Pancut)

Petua Tahan Lama (Tips Lambat Pancut)


Kalau anda seorang yang selalu cepat keluar air mani ketika bersetubuh cubalah petua ini, anda akan nikmati sendiri. Petuanya bila saja rasa air mani itu keluar tariklah nafas anda sepanjang yang anda mampu dan bila ada rasa nak keluar lagi tarik lagi nafas semampu yang anda boleh dan lakukan hingga seterusnya. Insyallah anda akan dapat menikmati persetubuhan yang lebih panjang.



Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Gatal-Gatal pada Kemaluan Wanita

Gatal-Gatal pada Kemaluan Wanita

Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan. Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor. Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.

Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh. Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri. Daun sireh itu direbus dalam periuk. Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih. Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang. Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil.

Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,