Petua Membersih dan Memutihkan Wajah

Memiliki kulit muka yang bersih dan cerah merupakan satu anugerah yang sungguh bermakna. Bagi yang dikurniakan kelebihan itu, anda tentu bersyukur, kan?
Petua Kulit Cerah
Namun begitu, bagi yang ingin mencerahkan atau memutihkan kulit muka, ada satu petua tradisional yang boleh dicuba. Bahan utama yang diperlukan adalah pucuk jambu batu yang masih muda.

Pucuk Jambu Batu
Tanpa berlengah, apakata anda ikuti tips memutihkan wajah di bawah ini;
1. Ambil 4 hingga 5 helai pucuk jambu dan bersihkannya.
2. Tumbuk ia sampai hancur dan campurkan dengan sedikit air bersih.
3. Kemudian, sapu serta gosokkan secara perlahan-lahan bahan tadi ke muka anda.
4. Lakukan langkah no.3 sekurang-kurang dalam 5 minit.
5. Selepas itu, cucilah muka anda dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala lembut.
Jadikan proses di atas sebagai amalan untuk memutihkan kulit wajah anda.
Semoga Berhasil!
Tags: jambu batu, MEMUTIHKAN, memutihkan kulit, memutihkan wajah, muka, petua tradisional, pucuk, yang
Petua Menghilangkan Jerawat dan Jeragat di Muka
Masalah jerawat agak mendapat perhatian ramai sejak akhir-akhir ini. Justeru, saya cuba sedaya-upaya untuk berkongsikan pelbagai alternatif untuk menghilangkan jerawat terutamanya di bahagian muka.
Cuma saya berharap agar anda tak mudah menyerah dalam menangani masalah ini. Sebaliknya, berusahalah secara berterusan (istiqamah).
Sehubungan itu, di sini saya kongsikan satu lagi petua menghilangkan jerawat dan jeragat. Bahan yang anda perlukan adalah daun pokok tea.
Bagaimanakah agaknya rupa daun pokok tea ni? Nah, silakanlah melihatnya di bawah ini:



contoh pokok tea (melaleuca alternifolia)
Apa yang perlu anda lakukan ialah:
1. Ambil beberapa helai daun pokok tea dan bersihkannya terlebih dulu.
2. Kemudian, gosokkan daun pokok tea tadi pada kawasan jerawat di muka anda dengan lembut. Read the rest of this entry »
Tags: anda, jeragat, jerawat, Kesihatan Muka, Kesihatan Wajah, langkah keselamatan, masalah jerawat, melaleuca alternifolia, Menghilangkan Jeragat, menghilangkan jerawat, muka, petua jeragat, Petua Jerawat, petua menghilangkan jerawat, Petua Muka, petua wajah, pokok, pokok tea
Atasi Kulit Kasar dan Bintik Hitam
Memandangkan Hari Perayaan pun makin dekat, pastinya anda ingin mempersiapkan diri agar wajah kelihatan berseri ketika menyambut hari kemenangan tu nanti.
Bagi yang ada masalah kulit kasar dan bintik hitam di muka, tentunya hal ini sikit sebanyak menganggu tahap keceriaan, kan?
Sebagai salah satu usaha anda merawat masalah tersebut, cubalah ikuti petua yang bakal saya kongsikan di bawah. Anda cuma perlu guna timun saja.
1. Memula, anda parut dulu timun tu.
2. Kemudian, perah timun tadi untuk mendapatkan airnya.
3. Lepas tu, gunakanlah air perahan timun tu untuk mencuci muka anda sebelum tidur.
Read the rest of this entry »
Tags: air panas, anda, Bintik Hitam, dan, Hari Perayaan, Kulit Kasar, masalah kulit, muka, Penjagaan Kecantikan Wanita, Penjagaan Kesihatan Wajah, Petua Bintik Hitam, Petua Kulit Kasar, Petua Rawatan Tradisional, Petua Wajah Cantik, Rawatan Bintik Hitam, Rawatan Kulit, Timun, Tips Kecantikan Wajah
Petua Untuk Hadapi JerawatJerawat yang muncul bagi wanita pasti mengusarkan. Petua mudah ini dapat membantu mengurangkan masalah jerawat.
Jangan kerap menyentuh kulit muka. Sekiranya perlu cuci tangan dengan sabun basmi kuman. Jari-jari tangan merupakan tempat paling mudah dihinggapi bakteria.
Jangan kebersihan muka. Gunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit muka.
Jangan dipicit jerawat. Memicit jerawat akan meninggalkan kesan parut yang mungkin lama untuk hilang. Boleh berlaku parut yang besar boleh kekal untuk jangka masa yang lama.
Makan makanan yang seimbang. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kesihatan kulit banyak bergantung daripada khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran. Minum air secukupnya.
Jerawat tidak dapat dielakkan. Amalan yang baik akan memastikan jerawat cepat hilang dan tidak meninggalkan kesan parut yang lama untuk hilang.
Webmaster Noorjannah.com
Hakcipta terpelihara. 27 Mac 2008.
Portal Laman Wanita Perempuan Melayu Malaysia
http://www.perempuanmelayu.info/
Tags: Hadapi, jerawat, khasiat buah buahan, masalah jerawat, muka, perempuan melayu, sayur sayuran, yang