Petua Putihkan Ketiak dan Hilangkan Bau Badan
Petua ini memang biasa kita dengar apabila di tanya kepada orang-orang tua dahulu. “macammana hendak putihkan ketiak?”. Jawapanya sangat mudah, murah dan senang. Iaitu menggunakan kapur makan atau kapur sireh.
Ketiak yang hitam atau gelap biasanya disebabkan penggunakan pencukur bulu ketiak yang kerap dan masalah banyak berpeluh dan kurang mandi dengan sebaik-baiknya.
Cara-cara untuk mengembalikan keputihan ketiak seperti sediakala, ambil secubit (menggunakan 3 jari) kapur makan, kemudian sapukan ke bahagian ketiak yang hitam tersebut. Seeloknya semasa mandi. Dengan membasahkannya bahagian ketiak dahulu.
.jpg)



