Petua Rawatan Faraj Berair dan Berbau

Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan, eloklah mencuba petua ini. Ambil segenggam serbuk teh, letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 2 minit. Selepas itu basuh rata-rata dengan air teh itu. Lakukan 2 kali pada waktu pagi dan malam.
Selamat mencuba!
Tags: beautiful skin, berair, dan, faraj, itu, kecantikan kulit, malaysia herbs, mangkuk, penjagaan kesihatan wanita, petua, petua faraj, petua faraj berbau, petua kecantikan badan, petua kecantikan wajah, petua melayu, petua orang lama, petua tradisional, Petua Tradisional Melayu
Gatal-Gatal pada Kemaluan Wanita

Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan. Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor. Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.
Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh. Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri. Daun sireh itu direbus dalam periuk. Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih. Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang. Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil.
Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.
Tags: beautiful skin, Daun, Gatal, itu, kecantikan kulit, kemaluan wanita, malaysia herbs, malu, pagi, penjagaan kesihatan wanita, petua, petua kecantikan, petua kecantikan badan, petua kecantikan wajah, petua melayu, petua orang lama, petua tradisional, Petua Tradisional Melayu, sangat, sireh, Wanita
Ramai, Wanita
Ramai, yang