
1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali
3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
Cubalah petua ini, Insya-Allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri. Selamat mencuba!
Tags: anak, Hendaklah, insya allah, kali 2, kita, lebihan, tidur, wuduk
Petua Hentikan Pendarahan Luka
Petua 1
Ambil sarang labah-labah yang ada di rumah anda dan tekapkan pada luka tersebut. Insya-Allah darah yang mengalir tadi akan terus berhenti.
Petua 2
Ambil lendir daun pokok Paku Plana (boleh search kat google image) dan tekapkan atau letakkan pada tempat luka (luka yang kecil). Bagi luka yang sederhana besar, daunnya dilumatkan dengan kadar yang sesuai dengan saiz luka dan dibalut dengan kain yang bersih bagi menyekat pendarahan. Luka tersebut akan cepat kering dan sembuh.
Read the rest of this entry »
Tags: dan, Daun, Hentikan Luka, Hentikan Pendarahan, insya allah, labah labah, luka, mana mana, pendarahan, Perubatan Melayu Lama, perubatan tradisional, Petua Luka, petua melayu, petua orang lama, Rawatan Luka, Rawatan Pendarahan, Tips Luka, Tips Petua, yang
Petua Kehamilan (Mata Bayi Bersinar)
Sewaktu diketahui dirinya hamil, seorang ibu hendaklah mengamalkan makan sebiji buah delima yang masak pada setiap bulan kandungan sehingga sembilan bulan. Insya-Allah mata anak yang dilahirkan akan bersinar.
Tags: bersinar, buah delima, bulan, insya allah, kehamilan, Khasiat Buah Delima, malaysia herbs, masak, Mata Bayi, penjagaan kesihatan wanita, petua, petua kecantikan, petua kehamilan, petua melayu, petua orang lama, petua tradisional, Petua Tradisional Melayu, yang
Petua Mengecutkan Rahim (Khasiat Buah Manjakani)

Petua Mengecutkan Rahim ialah dengan mengambil sebiji atau 2 biji manjakani, kemudian rendam di dalam air panas selama beberapa minit. Setelah manjakani itu agak lembut, maka tumbuk halus-halus dan gentel sebesar biji kacang kemudian di telan. Amalkan pagi dan petang ataupun pada malam hari. Insya-Allah dengan izin Allah ianya pasti berkesan.
Selamat mencuba.
Tags: air panas, buah manjakani, gentel, insya allah, malaysia herbs, manjakani, Mengecutkan, Pantang Bersalin, penjagaan kesihatan wanita, petua, Petua Bidan Melayu, petua kecantikan, Petua Kecut Rahim, Petua Lepas Bersalin, petua melayu, Petua Mengecutkan Rahim, petua orang lama, petua tradisional, Petua Tradisional Melayu, Rahim