Archive for category petua kekal cantik

Petua Lama – Elak Rambut Gugur

Petua Lama – Elak Rambut Gugur

Masalah keguguran rambut selalunya menghantui kebanyakan individu yang agak berusia. Namun, memang tak dinafikan ada juga golongan muda yang mengalami masalah serupa. Jadi, apakata anda yang sedang berhadapan masalah ini mencuba petua elak rambut gugur berikut.

Bahan utama yang anda perlukan ialah daun jeruju putih. Kaedah melaksanakannya pula ada dua. Pertama, dengan cara merebus dan keduanya dengan cara menumbuk halus.

Jeruju Putih (Acanthus Ilicifolius)

Kaedah 1 – Merebus

1. Ambil beberapa helai daun jeruju putih dan bersihkan.

2. Rebus daun tersebut hingga mendidih.

3. Kemudian, biarkan air tersebut beberapa minit.

4. Akhir sekali, lumurkan air rebusan tadi ke seluruh kepala. Sambil tu, urutlah kepala anda sekali.

Pastikan juga ia membasahi keseluruhan bahagian rambut anda.

Read the rest of this entry »

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Petua Mencantikkan Bibir Anda

Petua Mencantikkan Bibir Anda

Adakah anda sedang mengalami masalah bibir kering ataupun bibir pecah? Jika tidak, adakah anda risaukan bibir anda hitam akibat daripada kesan merokok mahupun penggunaan gincu bibir yang kurang sesuai?

Seandainya anda berdepan dengan salah satu masalah di atas, usah cemas. Saya cuba mengetengahkan satu petua ringkas untuk anda atasinya. Hanya satu bahan utama yang anda perlukan iaitu mentega.

Read the rest of this entry »

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Atasi Kulit Kasar dan Bintik Hitam

Atasi Kulit Kasar dan Bintik Hitam

Memandangkan Hari Perayaan pun makin dekat, pastinya anda ingin mempersiapkan diri agar wajah kelihatan berseri ketika menyambut hari kemenangan tu nanti. Bagi yang ada masalah kulit kasar dan bintik hitam di muka, tentunya hal ini sikit sebanyak menganggu tahap keceriaan, kan?

Sebagai salah satu usaha anda merawat masalah tersebut, cubalah ikuti petua yang bakal saya kongsikan di bawah. Anda cuma perlu guna timun saja.

1. Memula, anda parut dulu timun tu.

2. Kemudian, perah timun tadi untuk mendapatkan airnya.

3. Lepas tu, gunakanlah air perahan timun tu untuk mencuci muka anda sebelum tidur.

Read the rest of this entry »

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tip Panduan Menjaga Kulit Wajah

Tip Panduan Menjaga Kulit Wajah

Kulit wajah yang cantik, licin dan berseri memang menjadi idaman wanita. tekstur kulit yang sempurna boleh memberi hasil solekan yang sempurna. Untuk mendapatkan kulit wajah idaman, pastikan anda mengamalkan teknik penjagaan wajah yang asas iaitu Membersih, Menyegar dan Melembap.

1. Pelembab

a. Kulit Normal

Kulit jenis ini memiliki kandungan minyak semula jadi. Tetapi, adakala ia menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda disarankan memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen.

b. Kulit Kering

Kulit jenis ini amat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur lebih berat seperti krim. Jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur setiap tidur. krim malam berfungsi menanggalkan sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda.

c. Kulit Berminyak

Anda tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kelenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting berasaskan air.

Read the rest of this entry »

Tags: , , , , , , , ,