Archive for category natural beauties

Petua Awet Muda Wanita Melayu

Petua Awet Muda Wanita Melayu

Anda semua terutamanya golongan wanita tentunya gembira jika wajah sentiasa kelihatan awet muda. Tapi, mungkin kebanyakan anda masih lagi tercari-cari formulanya, kan? Justeru, itu saya nak kongsi petua awet muda yang tidak menelan belanja besar. :)

Mengikut kajian Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), anda boleh melambatkan proses penuaan wajah dengan memanfaatkan khasiat pucuk daun gajus. Read the rest of this entry »

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tips Atasi Senggugut Ketika Haid

Tips Atasi Senggugut Ketika Haid

Masalah senggugut kerap dialami oleh kaum wanita ketika datang bulan atau Period. Ada yang teruk dan ada yang tidak. Senggugut juga secara tidak langsung mengganggu emosi wanita setiap kali datang bulan. Malah ada yang sentiasa mengambil pil tahan sakit setiapkali period. Jika anda mengalami masalah senggugut ini, apakata anda cuba petua ini.

Read the rest of this entry »

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Petua Mencantikkan Bibir Anda

Petua Mencantikkan Bibir Anda

Adakah anda sedang mengalami masalah bibir kering ataupun bibir pecah? Jika tidak, adakah anda risaukan bibir anda hitam akibat daripada kesan merokok mahupun penggunaan gincu bibir yang kurang sesuai?

Seandainya anda berdepan dengan salah satu masalah di atas, usah cemas. Saya cuba mengetengahkan satu petua ringkas untuk anda atasinya. Hanya satu bahan utama yang anda perlukan iaitu mentega.

Read the rest of this entry »

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Panduan Mudah Buang Tahi Lalat Hidup

Panduan Mudah Buang Tahi Lalat Hidup

Mungkin ada di antara anda yang nak sangat buang tahi lalat hidup. Kebetulan, saya baru mendapat satu petua untuk buang tahi lalat anda tu. Lebih bagus lagi, ia bukan setakat boleh buang tahi lalat aje. Malah, boleh digunakan untuk buang kutil (atau mata ikan di kaki) serta merawat tumit kaki yang pecah-pecah.

Bahan yang anda perlukan hanyalah getah daun kemboja dan kapas.

Langkah-langkah yang perlu anda buat ialah:

1. Dapatkan getah daun kemboja.

2. Kemudian, bubuhlah getah tu pada tahi lalat hidup, ke kawasan kutil ataupun kat tumit yang pecah-pecah.

3. Lepas tu, tampalkan saje ia dengan kapas.

Ulang proses di atas sehinggalah tahi lalat anda tanggal ataupun kutil dan kesan pecah pada kaki anda tu hilang.

Itu saje. Mudah, kan?

Selamat Mencuba!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,