Khasiat Beras Pulut Cerahkan Kulit

Kulit yang pucat dan kusam mempengaruhi kita ketika hendak berdepan dengan orang ramai. Keyakinan kita terbantut. untuk mengatasi masalah ini, ikuti petua ini.
Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian ditumbuk sehingga lumat. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk. biarkan lumuran tadi separuh kering, sental kulit anda perlahan2. Selepas itu dibilas dengan air/mandi. Selepas mandi anda akan lihat hasilnya. Lakukan sekerap yang mungkin untuk hasil yang terbaik iaitu 2 kali seminggu. Kulit tubuh anda dijamin akan cerah dan berseri-seri.
Tags: Khasiat Beras Pulut, petua, Petua Beras Pulut, Petua Cerahkan Badan, petua melayu, petua orang lama, petua tradisional, Rawatan Kulit Wajah, Tips Cerahkan Kulit, Tips Putihkan Kulit
Tips Memutihkan bawah lengan

Untuk mendapatkan bawah lengan yang lebih putih, gaulkan semangkuk hampas kelapa bersama air perahan limau nipis. Kemudian gosokkan pada bawah lengan anda ketika mandi. Biarkan seketika sebelum dibilas bersih. Jika diamalkan selalu, anda akan melihat perubahannya dalam masa dua minggu. Selamat mencuba.
Tags: kegunaan hampas kelapa, khasiat limau nipis, Memutihkan bawah lengan, petua kecantikan, petua kecantikan diri, petua kecantikan tangan, petua kesihatan, petua tangan, Tips bawah lengan
Ini ada satu scrub asli yang boleh digunakan untuk mencerahkan kulit badan. Caranya :
Goreng beras tanpa minyak sehingga agak keperangan. Kemudian kisarkan ia sehingga halus. Pastikan ia benar-benar halus kerana jika kasar, ia akan menyakitkan kulit anda apabila digosokkan pada badan nanti.
Campurkan beras yang dikisar tadi dengan sedikit air (ingat, sedikit sahaja). Kemudian gosokkan ia pada seluruh kulit badan. Beras ini tidak perlu dibiarkan mengering pada kulit, cukuplah sekadar dijadikan scrub.
Lakukan scrubbing ini 3 kali seminggu. Scrub beras ini bukan sahaja akan mencerahkan kulit badan anda, malahan ia akan menjadikan kulit anda lembut, berseri bak bayi (chewahhh...)
Tags: beautiful skin, gadis melayu, kecantikan kulit, orang melayu, penjagaan kesihatan wanita, Petua Dapur, petua kecantikan, petua kecantikan badan, petua kecantikan gadis, petua kecantikan rambut, petua kecantikan wajah, petua melayu, petua orang lama, Petua Tradisional Melayu, wanita melayu