Archive for category Petua Keluarga

Petua Halau Nyamuk

Petua Halau Nyamuk

Caranya ialah dengan menumbuk beberapa helai daun limau, kemudian diletakkan dalam piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap.  Selamat mencuba!

Tags: , , , ,

Petua Anak Bijak

1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua ini, Insya-Allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.



Selamat mencuba!

Tags: , , , , , , ,

Petua kurangkan lapar dan dahaga di bulan puasa

Caranya ialah anda mesti bersahur. Semasa bersahur, gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas setiap kali anda memakan setiap gumpalan nasi tersebut. Makan seketul demi seketul. Setelah selesai memakan gumpalan 3 ketul nasi tadi barulah anda makan seperti biasa. Selepas itu, makanlah buah kurma sebanyak 7 biji. Bacalah selawat setiap kali anda memakan kurma tersebut. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.

Surah Al-Ikhlas adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.

Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.

Cubalah dengan izin Allah swt. Wallahualam.

Tags: , , , , , , ,

Merawat rambut dengan susu serbuk tanpa lemak



Untuk merawat rambut, susu boleh digunakan sebagai masker. Caranya campurkan empat hingga lima sudu susu serbuk tanpa lemak dengan sedikit air lalu gaulkan hingga terbentuk adunan yang tidak terlalu cair. Sesudah itu lumurkan pada rambut yang basah dan sudah siap disyampu. Kemudian bungkuslah rambut dengan tuala yang dibasahkan dengan air panas untuk membantu masker susu tadi meresap ke dalam rambut. Setelah tiga minit, basuhlah rambut hingga bersih. Selamat mencuba..

Tags: , , , , , , ,