Archive for category Petua Keluarga Bahagia

6 Tip Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur

6 Tip Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur

Pernah tak anda rasa letih atau macam tak larat tul nak bangun dari katil? Ntah la, badan ni lesu semacam aje. Haha… bila berdepan situasi sebegini, pastinya melemahkan semangat anda untuk memulakan hari baru.

Kalau hari cuti dan anda tak bercadang nak ke mana-mana, mungkin ianya bukan satu masalah. Tapi, kalau hari biasa dan anda ada banyak kerja yang nak diselesaikan, ianya memang masalah besar. Fuhh… ini tak boleh jadi nih.

Bagi mengatasi masalah badan lesu di pagi hari ni, terdapat 6 tip yang boleh anda amalkan. Bermula daripada sebelum anda tidur, sehinggalah anda terjaga pada keesokan paginya.

6 tip yang saya maksudkan adalah;

1. Sebelum tidur, pastikan diri anda dalam keadaan bersih. Basuh dulu bahagian muka, tangan dan kaki. Bagi anda yang beragama Islam, sebaiknya ambillah wudhu’ yang sempurna sebelum tidur.

2. Elakkan tidur terlalu lewat. Paling lewat pun, sebelum pukul 12 anda dah tidur. Lagipun, ia memang tak baik untuk kesihatan. Kalau tak silap, saya pernah terbaca yang tidur lewat ni boleh menambah berat badan anda tau!

3. Setelah anda tersedar dari tidur, lakukan senaman ringan di atas katil. Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil. Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit pun dah mencukupi.

4. Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam. Kalau nak senang, anda simpanlah air yang dijerang pada sebelah malam tu dalam thermos. Bila pagi, anda campurkannya sikit dengan air biasa dan terus gunakannya.

5. Bagi anda yang beragama Islam, ambillah wudhu’ dan tunaikan solat Subuh.

6. Anda minum dulu segelas air masak sebelum bersarapan.

Tapi jangan pula anda terus minum air masak tu sejurus selepas bangun tidur.

Begitulah 6 tip bagi membantu tubuh anda agar lebih segar ketika bangun pagi. Amalkanlah setiap hari (kalau mampu) agar badan anda tak lesu lagi.

Selamat Mencuba!

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Petua Doa Permudah Isteri Bersalin

Petua Doa Permudah Isteri Bersalin

Apabila dekat dengan waktu kelahiran, seorang suami dapatkanlah minyak kelapa yang dibuat sendiri. Kemudian, bacakan Surah Ath Thaariq (7 ayat yang pertama) dan selawat pada minyak tersebut. Kemudian, suami sapukan dari pusat hingga ke ari-ari isteri. Insya-Allah ianya berkesan dengan izin Allah. Petua ini juga berkesan pada bayi yang songsang di dalam kandungan. Selamat mencuba.

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

8 Punca Penyakit Ke atas Tubuh Badan

8 Punca Penyakit Ke atas Tubuh Badan

Tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa perkara yang boleh mendatangkan penyakit kepada tubuh? Sama ada suka atau tak, sebaiknya anda elakkanlah 8 perkara di bawah bagi memastikan kesihatan tubuh badan anda kekal terpelihara.

1. Tak cukup tidur di waktu malam. Lebih-lebih lagi jika anda sering tidur lewat.

2. Banyak tidur ketika siang hari.

3. Makan sehingga kenyang yang melampau. Sebaiknya anda makanlah sebelum berasa lapar dan berhenti sebelum kenyang, kan?

4. Suka tidur bila perut tengah kenyang.

5. Minum air pada waktu tengah malam.

6. Suka sangat menahan perasaan. Tetapi kalau anda yang suka bersabar tu dikecualikan lah. :)

7. Selalu sangat atau banyak melakukan jimak atau bersetubuh.

8. Melakukan hubungan jimak dengan isteri yang tua.

Begitulah antara perkara-perkara yang dikatakan boleh mendatangkan penyakit kepada tubuh badan anda. Jika anda mempunyai sebarang petua tambahan, jangan malu dan jangan segan. Anda dialu-alukan berkongsi di ruangan yang disediakan di bawah, okay.

Tags: , , , , , ,

Tips Rahsia Wanita Kuat Seks

Tips Rahsia Wanita Kuat Seks

Wanita kuat seks, teknik-teknik menambah nafsu isteri, ciri-ciri isteri puas seks. Satu perkara yang perlu difahami bahawa Hormon Testosterone dalam badan yang menyebabkan nafsu lelaki atau perempuan itu kuat seks. Perkara lanjut tentang hormone testosterone boleh lihat dalam Wikipedia di bawah.

en.wikipedia.org/wiki/Testosterone

Fungsi seks bagi wanita dan lelaki ditentukan oleh hormon testosterone. Dengan sedikit sahaja hormone testosterone yang diperlukan oleh perempuan dan ia sudah cukup membuatkan mereka bernafsu dalam hubungan seksual.

Terdapat juga kebenaran yang mengatakan perempuan yang mempunyai bulu roma yang lebih lebat mempunyai ghairah yang lebih tinggi berbanding perempuan lain. Ini disebabkan paras hormone testosterone mereka yang lebih tinggi sedikit berbanding dengan kadar biasa. Ini membuatkan bulu roma lebih lebat serta nafsu mereka lebih tinggi bila dibandingkan dengan perempuan lain. Tetapi, ianya biasanya sementara kerana apabila perempuan dengan paras hormone testosterone yang tinggi semakin dewasa, kadar imbangan hormone mereka bakal normal.

Read the rest of this entry »

Tags: , , , , , , , , ,