Archive for category Petua Kesihatan Batin

Petua 18SX (Zakar Jadi Panjang & Besar)

Petua 18SX (Zakar Jadi Panjang & Besar)


Ketika zakar masih dalam keadaan lembik, kepala zakar dipegang dan ditarik ke bawah antara kedua belah kaki. Di mana tarik pula ke sebelah kiri dan kemudian tahan hampir 5 minit. Buat 3 kali sehari (biasanya semasa mandi waktu pagi, tengahari dan petang) nescaya dapat menambah saiz zakar, memanjangkan zakar serta mengeraskan lagi zakar.

Selamat mencuba.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Penyediaan Sendiri Minuman Tongkat Ali (DIY)

Penyediaan Sendiri Minuman Tongkat Ali (DIY)

Tongkat Ali atau nama saintifiknya “Eurycoma Longifolia” acap kali dikaitkan dengan menguatkan tenaga batin. Terutamanya buat kaum Adam. Jadi, memang tak hairanlah jika pelbagai produk berasaskan Tongkat Ali ni berlambak di pasaran. Semuanya adalah kerana permintaan yang terlalu tinggi terhadapnya.

Menurut pengamal perubatan tradisional, khasiat Tongkat Ali amat sesuai untuk;

i. Menghilangkan rasa letih setelah melakukan aktiviti lasak atau kerja berat.

ii. Melancarkan peredaran darah dalam badan.

Namun begitu, pengambilan herba Tongkat Ali ni sebenarnya hanyalah bila perlu saja. Maknanya, anda patut mengambilnya sama ada sebelum ataupun selepas melakukan aktiviti lasak. Bukannya dijadikan sebagai amalan harian tau!

Cara-cara penggunaan herba Tongkat Ali:

1. Ambil akar tongkat ali.

2. Kemudian, bersihkan akarnya dahulu dan keringkan.

3. Setelah kering, racik akar Tongkat Ali tu halus-halus.

4. Seterusnya, anda ambillah sedikit saja akar yang telah diracik halus tadi.

5. Masukkannya dalam gelas yang berisi air panas dan biarkannya terendam.

6. Setelah air rendaman itu suam, tapiskannya ke dalam gelas lain.

Read the rest of this entry »

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Petua Doa Permudah Isteri Bersalin

Petua Doa Permudah Isteri Bersalin

Apabila dekat dengan waktu kelahiran, seorang suami dapatkanlah minyak kelapa yang dibuat sendiri. Kemudian, bacakan Surah Ath Thaariq (7 ayat yang pertama) dan selawat pada minyak tersebut. Kemudian, suami sapukan dari pusat hingga ke ari-ari isteri. Insya-Allah ianya berkesan dengan izin Allah. Petua ini juga berkesan pada bayi yang songsang di dalam kandungan. Selamat mencuba.

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Petua Lama Penjagaan Zakar (18 SX)

Petua Lama Penjagaan Zakar (18 SX)

1. Buang air besar jangan serentak dengan buang air kecil. Semasa nak buang air besar, air kecil perlu ditahan dan nafas ditarik, dan begitulah sebaliknya. Elakkan buang kedua-duanya serentak.

2. Semasa mula makan, amalkan nasi sebesar ibu jari dikepalkan dan kemudian ditelan.

3. Ketika minum elakkan menghembus nafas tetapi tahan nafas tersebut. Ini menolong dari senang lelah semasa berjimak.

4. Kepak ayam jangan dimakan kerana ia akan melemahkan zakar.

5. Jangan suka makan makanan yang bersifat sejuk, telah disejuk mahupun disejukkan. Ia boleh mengakibatkan gejala terpancut awal dan air mani cair.

Tags: , , , , , , , ,