Archive for category Kuning Telur

Petua Mengatasi Masalah Kurang Darah

Petua Mengatasi Masalah Kurang Darah

Masalah kurang darah ni boleh berlaku ke atas kanak-kanak, ibu hamil dan juga orang dewasa yang tinggal di pedalaman. Anda yang mengalami masalah ini biasanya akan kelihatan pucat, lesu dan tak bersemangat. Justeru, anda tidak digalakkan berjalan kaki dalam jarak jauh kerana dikhuatiri boleh menyebabkan pengsan.

Antara punca kurang darah adalah disebabkan kekurangan zat protein dan zat besi, wanita yang kerap hamil dan tak teratur, penyakit malaria dan juga jangkitan cacing.

Untuk itu, ada satu petua tradisional yang boleh anda cuba bagi mengatasi penyakit ini.

Mula-mula anda sediakan dulu bahan-bahan ini;

  • 2 biji telur ayam.
  • 1 sudu makan madu asli.
  • 1 biji limau nipis.
  • Segenggam daun bayam

Kemudian, anda ikuti beberapa langkah di bawah ni;

  • Ambil kuning telur saja dan pukul sehingga rata.
  • Masukkan madu ke dalam kuning telur tadi dan kacau sampai rata.
  • Seterusnya, perahkan air limau nipis pula ke dalam campuran tadi dan kacau lagi. :)
  • Tumbuk dahulu daun bayam. Kemudian, anda ambil airnya dan masukkan bersama campuran kuning telur, madu dan air limau nipis tadi.
  • Kacau sekali lagi agar campuran tersebut sebati.
  • Akhir sekali, minumlah air daripada 4 ramuan di atas.

Amalkan meminum air ini selama 3 hari berturut-turut agar badan anda lebih sihat dan segar. Selepas itu, anda dah boleh menjarakkan tempoh meminumnya. Iaitu minum dalam seminggu sekali ataupun buat 2 minggu sekali. Mudah-mudahan anda tidak akan kekurangan darah lagi.

Selamat Mencuba!

Tags: , , , , , , ,

Cara Melambatkan Muka Berkedut

Adakah anda ingin mengekalkan keremajaan kulit wajah? Dewasa ini, saya yakin kebanyakan anda akan mengatakan YA. Siapa yang nak nampak tua, kan? Mestilah nak "maintain" awet muda. Sentiasa kelihatan 10 atau 20 tahun lebih muda dari usia sebenar. Tu yang sampai ada yang sanggup berhabis duit cucuk sana cucuk sini. Jangan marah ea.

Satu faktor yang menandakan anda semakin berusia adalah kedutan yang timbul pada wajah. Ataupun wajah berkerut. Terutamanya di bahagian dahi dan di tepi mata. Itu adalah perkara biasa. Tiada apa yang perlu anda risaukan.


Tapi kalau anda tahu serta rajin mengamalkan petua kecantikan tertentu, pasti kulit muka anda kan lebih lambat kedut. Ataupun kalau anda masih muda, ia akan lebih tegang gitu.

Salah satu petua melambatkan muka berkedut yang boleh saya tonjolkan di sini adalah dengan menggunakan minyak sayuran dan kuning telur.

gambar minyak sayuran

Gambar hiasan - current.com


gambar kuning telur




Beberapa langkah yang boleh anda praktikkan adalah:


1. Anda perlu menyediakan topeng muka (masker) buatan sendiri.

2. Ambil sebiji telur dan gunakan bahagian kuning telur saja. Bahagian putih tu anda boleh simpan dulu buat masa ni.

3. Kemudian, titiskan beberapa titik minyak sayuran ke atas kuning telur tadi.

4. Kacau campuran itu hingga sebati. Pastikan campuran tersebut tak terlalu pekat atau cair.

5. Sapukan campuran tersebut ke seluruh wajah anda dan biarkan sehingga ia kering. Lebih kurang dalam 15 ke 20 minit.

6. Kemudian barulah anda cuci muka dengan air bersih.


Anda boleh mengamalkannya 1 atau 2 kali dalam seminggu sebagai permulaan. Kemudian, bila kulit anda dah bertambah baik, boleh jarakkan sikit tempohnya. Contohnya macam anda buat 2 minggu sekali atau sebulan sekali.

Kalau anda nak buat topeng muka tadi dengan menggunakan putih telur pun boleh. Buat selang seli. Sekali guna kuning telur + minyak sayur. Giliran seterusnya anda pakai formula putih telur + minyak sayur. Kedua-dua bahagian telur tu baik untuk kulit. Kalau tak diguna, membazir pula nanti.


Selamat Mencuba!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,