Archive for category Kapur Sirih

Petua Rawatan Gigitan Hama atau Tungau

Petua Rawatan Gigitan Hama atau Tungau

free image host

Hama merupakan sejenis kuman penyakit. Manakala tungau pula adalah sejenis kutu yang halus. Begitulah takrifan keduanya menurut kamus dewan edisi keempat. Sekiranya ada di antara anda yang terkena gigitan hama mahupun tungau, ada dua petua yang boleh dicuba. :)

Petua Pertama:

1. Anda ambillah minyak cap kapak ataupun minyak kayu putih.

2. Kemudian, anda sapukan minyak tersebut pada bahagian yang terkena gigitan hama ataupun tungau tadi.

Petua Kedua:

1. Ambil sedikit kapur sirih (kapur makan).

2. Kemudian, letakkanlah kapur tu pada bahagian yang terlibat. :)

Mudah aje petua ni, kan? Jadi, saya doakan semoga ianya berhasil pada anda yang mencubanya.

Selamat Mencuba!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Petua Hilangkan Bulu Ketiak

Petua Hilangkan Bulu Ketiak


Ada banyak cara tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak. Antara yang paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit hidup.

Caranya,

cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih.

Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tips Rawatan Bintik Bintik Merah di Badan

Tips Rawatan Bintik Bintik Merah di Badan

Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkin ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih.

Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu.

Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,