Archive for category Daun Teh

10 Tips Tingkat Sistem Imun Badan

10 Tips Tingkat Sistem Imun Badan

Badan Yg Sihat dan Bertenaga

Badan Yg Sihat dan Bertenaga

Amalan pemakanan yang baik sedikit sebanyak membantu anda membina ketahanan tubuh. Antaranya ialah

1. Teh

Pengambilan teh sangat membantu meransang sistem pertahanan badan. L-theanine yang terkandung di dalam teh akan ditukar kepada ethylamine di dalam hati di mana ia memainkan peranan penting dalam proses pertahanan badan.

2. Buah-buahan

Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin yang baik untuk kesihatan. Tambahan lagi ia turut mengandungi antioksidan yang semulajadi yang berupaya meningkatkan pertahanan badan. Antaranya buah kiwi, mangga dan pisang.

Read the rest of this entry »

Tags: , , , , , , ,

Petua Menghilangkan Jerawat

Petua Menghilangkan Jerawat

Masalah jerawat di bahagian muka agak sukar dibendung. Sekiranya kulit muka anda sensitif, maka penjagaan rutin yang lebih teliti perlu dilakukan. Beberapa cara untuk mengatasi jerawat ini pernah saya bincangkan di sini.

Namun, saya faham yang masalah ini tak pernah berakhir kerana setiap hari ada saja di antara kita yang mengalaminya. Walaupun dah pernah cuba pelbagai macam ubat jerawat, kan?

Sementara itu, saya akan terangkan satu lagi cara menghilangkan jerawat di muka anda. Kali ini, anda perlukan sebungkus daun teh dan juga satu bekas berisi air panas yang sedang mendidih.

Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:

1. Masukkan sebungkus daun teh yang masih hijau ke dalam sebuah bekas berisi air panas yang sedang mendidih.

2. Kemudian, wapkan air teh tadi ke muka anda. Atau lebih tepat, wapkan air teh tersebut selama beberapa ketika ke kawasan yang berjerawat di muka anda.

3. Lakukan cara ini selalu sehinggalah jerawat di muka anda tu hilang.

Selamat Mencuba!

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,