Petua Hilangkan Panau
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Iaitu kulat dari jenis genus Malassezia. Sekiranya kulit anda berpanau, tentu akan berasa gatal-gatal semasa berpeluh. Lepas tu ianya agak berdebu bila digaru. Mesti tak selesa, kan?

Justeru itu, bagi anda yang ingin sangat menghilangkan panau di badan ni, cubalah satu petua berikut;
- Dapatkan 2 helai daun gelenggang dan basuhlah supaya ia bersih.
- Kemudian, anda letakkan daun gelenggang tu kat tapak tangan. Putar-putarkan daun tersebut sampai lumat.
- Bila dah lumat, sapukanlah pada kawasan kulit anda yang ada panau tu.
- Buatlah petua ni 2 kali sehari sehingga panau tersebut hilang.
Selamat Mencuba!



