Petua Mengubati Sakit Kepala (2 Tips)

Kadang-kadang, anda akan mengalami gejala sakit kepala. Mungkin disebabkan oleh faktor tertentu. Kali ini, saya akan berkongsi 2 petua mengubati sakit kepala pula.
Petua 1:
Anda amalkan meminum 1 sudu teh sama ada;
- cuka nipah, ATAU
- cuka biasa, ATAU
- air asam jawa, ATAU
- air limau nipis
apabila mengalami sakit kepala.
Read the rest of this entry »
Tags: petua orang lama, Petua Pening Kepala, Petua Penjagaan Kesihatan, Petua Sakit Kepala, petua tradisional, Rawatan Pening Kepala, Rawatan Sakit Kepala, Tips Rawatan Melayu Lama, Ubati Sakit Kepala
Penjagaan Muka Dengan Tomato dan Limau Nipis

Sebelum ini, saya dah kongsikan dengan anda cara penjagaan muka dengan beberapa jenis sayur, kan? Kalau tak keberatan, saya nak tambah beberapa petua lain untuk mencantikkan kulit muka anda. Iaitu sama ada dengan menggunakan buah tomato ataupun limau nipis.
Tomato
1. Anda sediakan sebiji buah tomato yang telah masak.
2. Lenyek tomato tersebut sehingga halus.
3. Kemudian, sapukannya ke seluruh muka anda.
4. Biarkan ia kering lebih kurang dalam 20 ke 25 minit.
Read the rest of this entry »
Tags: khasiat limau nipis, khasiat tomato, petua kecantikan, petua kecantikan wajah, petua limau nipis, petua penjagaan muka, petua tomato
Tips Memutihkan bawah lengan

Untuk mendapatkan bawah lengan yang lebih putih, gaulkan semangkuk hampas kelapa bersama air perahan limau nipis. Kemudian gosokkan pada bawah lengan anda ketika mandi. Biarkan seketika sebelum dibilas bersih. Jika diamalkan selalu, anda akan melihat perubahannya dalam masa dua minggu. Selamat mencuba.
Tags: kegunaan hampas kelapa, khasiat limau nipis, Memutihkan bawah lengan, petua kecantikan, petua kecantikan diri, petua kecantikan tangan, petua kesihatan, petua tangan, Tips bawah lengan
Petua Mengatasi Masalah Kurang Darah
Masalah kurang darah ni boleh berlaku ke atas kanak-kanak, ibu hamil dan juga orang dewasa yang tinggal di pedalaman. Anda yang mengalami masalah ini biasanya akan kelihatan pucat, lesu dan tak bersemangat. Justeru, anda tidak digalakkan berjalan kaki dalam jarak jauh kerana dikhuatiri boleh menyebabkan pengsan.
Antara punca kurang darah adalah disebabkan kekurangan zat protein dan zat besi, wanita yang kerap hamil dan tak teratur, penyakit malaria dan juga jangkitan cacing.
Untuk itu, ada satu petua tradisional yang boleh anda cuba bagi mengatasi penyakit ini.
Mula-mula anda sediakan dulu bahan-bahan ini;
- 2 biji telur ayam.
- 1 sudu makan madu asli.
- 1 biji limau nipis.
- Segenggam daun bayam
Kemudian, anda ikuti beberapa langkah di bawah ni;
- Ambil kuning telur saja dan pukul sehingga rata.
- Masukkan madu ke dalam kuning telur tadi dan kacau sampai rata.
- Seterusnya, perahkan air limau nipis pula ke dalam campuran tadi dan kacau lagi.
- Tumbuk dahulu daun bayam. Kemudian, anda ambil airnya dan masukkan bersama campuran kuning telur, madu dan air limau nipis tadi.
- Kacau sekali lagi agar campuran tersebut sebati.
- Akhir sekali, minumlah air daripada 4 ramuan di atas.
Amalkan meminum air ini selama 3 hari berturut-turut agar badan anda lebih sihat dan segar. Selepas itu, anda dah boleh menjarakkan tempoh meminumnya. Iaitu minum dalam seminggu sekali ataupun buat 2 minggu sekali. Mudah-mudahan anda tidak akan kekurangan darah lagi.
Selamat Mencuba!
Tags: khasiat ari limau nipis, khasiat daun bayam, khasiat kuning telur, petua kesihatan, petua kurang darah, petua melayu, petua melayu lama, Petua Tradisional Melayu