Petua Rumahtangga – Mengubati Masalah Mandul

Cubalah untuk mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah dan rojak nenas seminggu sekali. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.
Selamat mencuba
Mar 7
Posted by admin in Herba Rawatan Traditional, Petua Keluarga, Petua Perkahwinan, Petua Umum, Woman Health Care Advice | Comments off
Petua Rumahtangga – Mengubati Masalah Mandul

Cubalah untuk mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah dan rojak nenas seminggu sekali. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.
Selamat mencuba
Tags: khasiat nenas, khasiat taugeh, mandul, masaalah mandul, masalah, Mengubati, petua, petua hubungan suami isteri, petua kasih sayang, petua kebahagiaan rumahtangga, petua mandul, petua rumah tangga, petua rumahtangga, petua rumahtangga bahagia, petua suami isteri, rojak, Rumahtangga, suami mandul, taugeh
Mar 2
Posted by Oktant in Child Health Care Advice, Daun Nangka, Herba Rawatan Traditional, Petua Susu Ibu | Comments off
4 Petua Banyakkan Air Susu Ibu
Oleh sebab ramai di antara anda yang mencari petua menambah air susu, saya nak kongsilah 4 petua banyakkan air susu. Ianya sesuai serta selamat diamalkan oleh para ibu selepas bersalin. Sebelum ini, saya ada sentuh sikit mengenainya, tapi tak berapa mendalam lah. “Petua banyakkan susu ibu”
Untuk petua kali ini, terdapat beberapa bahan lain yang boleh anda gunakan selain daun selasih. Antaranya ialah daun nangka, isi lempoyang, daun keledek dan pucuk betik. Cara menggunakan kesemua bahan tersebut bagi memperbanyakkan air susu para ibu adalah seperti berikut;
Petua 1:
Anda amalkan memakan daun keledek dan pucuk betik. Kalau boleh, makanlah setiap hari.
Petua 2:
i. Anda perlukan isi lempoyang.
ii. Isi lempoyang tadi hendaklah ditumbuk sehingga hancur.
Tags: air, anda, betik, Cara, Daun, nangka, petua, petua melayu, petua orang lama, petua orang melayu, Petua Orang Tua, petua tradisional, Petua Tradisional Melayu, secukup rasa, ulam ulaman
Feb 25
Posted by admin in Cooking Advice, Herba Rawatan Traditional, Petua Kesihatan Batin, Petua Kesihatan Lelaki, Petua Malam Pertama, Petua Suami Isteri, Petua Tahan Lama, Tongkat Ali | Comments off
Penyediaan Sendiri Minuman Tongkat Ali (DIY)
Tongkat Ali atau nama saintifiknya “Eurycoma Longifolia” acap kali dikaitkan dengan menguatkan tenaga batin. Terutamanya buat kaum Adam. Jadi, memang tak hairanlah jika pelbagai produk berasaskan Tongkat Ali ni berlambak di pasaran. Semuanya adalah kerana permintaan yang terlalu tinggi terhadapnya.
Menurut pengamal perubatan tradisional, khasiat Tongkat Ali amat sesuai untuk;
i. Menghilangkan rasa letih setelah melakukan aktiviti lasak atau kerja berat.
ii. Melancarkan peredaran darah dalam badan.
Namun begitu, pengambilan herba Tongkat Ali ni sebenarnya hanyalah bila perlu saja. Maknanya, anda patut mengambilnya sama ada sebelum ataupun selepas melakukan aktiviti lasak. Bukannya dijadikan sebagai amalan harian tau!
Cara-cara penggunaan herba Tongkat Ali:
1. Ambil akar tongkat ali.
2. Kemudian, bersihkan akarnya dahulu dan keringkan.
3. Setelah kering, racik akar Tongkat Ali tu halus-halus.
4. Seterusnya, anda ambillah sedikit saja akar yang telah diracik halus tadi.
5. Masukkannya dalam gelas yang berisi air panas dan biarkannya terendam.
6. Setelah air rendaman itu suam, tapiskannya ke dalam gelas lain.
Tags: Adam, akar tongkat ali, Ali, anda, Cara, Eurycoma longifolia, herba tongkat ali, khasiat tongkat ali, petua, petua melayu, petua orang lama, petua orang melayu, Petua Orang Tua, petua tradisional, Petua Tradisional Melayu, pokok tongkat ali, setelah, Tongkat, yang
Feb 14
Posted by Oktant in Herba Rawatan Traditional, Petua Kecantikan, Petua Kecantikan Wanita, Woman Health Care Advice, kecantikan kulit, natural beauties, petua wajah ceria | Comments off
Panduan Mudah Buang Tahi Lalat Hidup
Mungkin ada di antara anda yang nak sangat buang tahi lalat hidup. Kebetulan, saya baru mendapat satu petua untuk buang tahi lalat anda tu. Lebih bagus lagi, ia bukan setakat boleh buang tahi lalat aje. Malah, boleh digunakan untuk buang kutil (atau mata ikan di kaki) serta merawat tumit kaki yang pecah-pecah.
Bahan yang anda perlukan hanyalah getah daun kemboja dan kapas.
Langkah-langkah yang perlu anda buat ialah:
1. Dapatkan getah daun kemboja.
2. Kemudian, bubuhlah getah tu pada tahi lalat hidup, ke kawasan kutil ataupun kat tumit yang pecah-pecah.
3. Lepas tu, tampalkan saje ia dengan kapas.
Ulang proses di atas sehinggalah tahi lalat anda tanggal ataupun kutil dan kesan pecah pada kaki anda tu hilang.
Itu saje. Mudah, kan?
Selamat Mencuba!
Tags: anda, Buang, buang tahi lalat, bunga kemboja, Cara Buang Tahi Lalat, kemboja, kutil, lalat, mata ikan, Mole, petua, Petua Buang Tahi Lalat, petua kecantikan, petua melayu, petua orang lama, petua orang melayu, Petua Orang Tua, Petua Tahi Lalat, petua tradisional, Petua Tradisional Melayu, tahi, Tahi Lalat
You are currently browsing the archives for the Herba Rawatan Traditional category.
Arclite theme by digitalnature | powered by WordPress