Buah Pinang untuk Kuruskan Badan

Buah pinang dihiris tipis dan jemur hingga kering. Tumbuk lumat menjadi serbuk. Rendamkan semalaman setengah sudu teh kedalam air panas dan minum keesokan harinya dan petang bersama hampasnya. Selama dua minggu badan akan menjadi kurus dan langsing.

Buah Pinang

Nama saintifik bagi pinang ialah Areca Catechu.  Dalam bahasa Hindi buah ini dipanggil supari dan pan-supari  sebagai sirih pinang. Tetapi bahasa Malayalam dipanggil adakka atau adekka, Sri Lanka pula dikenali sebagai puvak, Thai sebagai mak dan masyarakat Cina memanggilnya dengan nama pin-lang.

Tumbuhan tropika ditanam untuk mendapatkan buahnya dan kerana keindahannya, sebagai hiasan taman Tingginya antara 10 hingga 30m dan meruncing dibahagian pucuk, ukuran melintang batang pokok 15sm. hingga 20sm.  Dibahagian jemala (crown) pokok ini berbentuk bulat dan berwarna hijau semasa muda dan apabila masak ia menjadi kuning dan merah.

Blog Widget by LinkWithin