PetuaMelayu.Com - Petua Melayu, Malaysia Natural Herbs and Malay Tips

Best Petua Melayu Malaysia, Natural Herbs, Tips and Advice

Petua Lama Orang Tua - 8 Tips Masakan

1. KESEGARAN SAYUR
Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur. InsyaAllah

2. MEMBERSIH KERANG
Mencuci kerang memang susah. Untuk itu, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaul bersama sedikit air. Setelah beberapa ketika, kerang akan bersih memutih. InsyaAllah

3. CUCUR KODOK
Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk. InsyaAllah

4. PERIA
Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda. InsyaAllah

5. MENGGORENG IKAN
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi. InsyaAllah

6. MENGGORENG TAHU

Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi. InsyaAllah

7. AYAM TIDAK HANYIR LAGI
Mereka yang gemar makan ayam, pasti tahu cara menghilangkan hanyir. Ayam dipotong dan dibersihkan, diperap beberapa minit dengan garam, asam jawa dan sedikit tepung gandum. Kemudian cuci bersih. Bubuh garam dan kunyit seperti biasa atau ramuan mengikit selera. Hasilnya ayam bertambah garing dan lazat. InsyaAllah

8. NASI HANGIT

Kalau nasi yang kita tanak tu hangit.. jangan buang… membazir.. cuba amalkan antara 3 petua nie…

-Pertama: -basuh cili kering dalam dua tiga tangkai… jangan dipotong.. -masukkan terus ke dalam nasi tersebut… biarkan seketika, -InsyaAllah nasi tak berbau.. (P/S: Jangan takut… tak rasa pedas nyer nasi tu.. sebab tak dipotong)

-Kedua: -kalau bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah, takder bau hangit tu…

-Ketiga: -kalau kat rumah tu ada daun pisang, letakkannya menutupi permukaan atas nasi… biarkan sejenak…. InsyaAllah

Petua Mengira Indeks Jisim Tubuh  (BMI)

Berlebihan berat badan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk yang diwarisi atau diperolehi (dilakukan) sendiri.

Ciri nyata yang menandakan berlebihan berat badan ini ialah memiliki lemak badan yang berlebihan. Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan penurunan berat badan. Pengambilan kalori yang berlebihan serta kurang bersenam merupakan penyebab utama seseorang itu mengalami penambahan berat badan.

Apabila kalori diambil berlebihan, bakinya akan ditukarkan menjadi lemak tepu yang akan meningkatkan lagi kolesterol dalam darah. Setiap orang perlu memberi perhatian yang serius terhadap berat badan mereka. Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik

Petua Mengira Indeks Jisim Tubuh  (BMI)

Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi Indeks Jisim Tubuh  (BMI): Berat tubuh badan(KG) bahagi Ketinggian(M) kali Ketinggian(M)

Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m Mula-mula, kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336 Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6 Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal

* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan

* 30 dan keatas,anda adalah obesiti

Petua Cucur Pisang Sedap dan Cantik

Untuk mendapatkan cucur pisang (jemput-jemput pisang) yang cantik dan sedap, seeloknya pisang dikisar bersama gula sebelum diadun bersama tepung. Kemudian tutup dan biarkan adunan selama lebih kurang empat jam sebelum digoreng. Selain itu adunan tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk

Resepi Cucur Pisang/Jemput-Jemput Pisang

  • 2 mangkuk pisang ( pisang asam ) yang sudah dikupas, buangkan urat dan
  • lenyek sehingga lembik.
  • Masukkan 2-3 senduk gula merah dan lenyek & gaul rata.
  • Masukkan sebiji telur ayam ( yang dipukul kembang jika tak pakai
  • bicarbonate soda ), gaul rata.
  • Secubit bicarbonate soda , setengah cawan susu penuh krim dan
  • semangkuk tepung gandum + secubit garam. Gaul semua rata rata.

Panaskan kuali, masukkan minyak yang banyak. Panaskan. Api mesti sederhana. Masukkan daun pandan yang telah disimpul dan bila dah agak garing, keluarkan. Boleh mula gorengkan jemput-jemput. Either guna hujung jari ataupun dua sudu kecil. Goreng terendam sehingga agak garing, balik-balikkan. Boleh angkat dan serve.

Petua Elak Sinki Dapur Tersumbat

Oct-29-2008 By admin

Petua Elak Sinki Dapur Tersumbat

Image Hosted by ImageShack.us

Sebenarnya garam kasar boleh berfungsi sebagai bahan  pelarut bagi sisa-sisa yang tersumbat dalam saluran sinki. Masukkan garam kasar ke dalam lubang sinki dan  kemudian curah dengan air panas. Pasti sisa-sisa tadi akan larut.

Petua Melambatkan Daging Berbau

Oct-29-2008 By admin

Petua Melambatkan Daging Berbau

Sekarang peti sejuk menjadi tempat menyimpan makanan segar yang baik untuk memelihara kesegarannya. Apa akan jadi kalau tiba-tiba peti ais rosak dan kita ada banyak daging yang belum dimasak? Pasti akan berbau kan kalau disimpan lama sangat?

Ini ada salah satu petua untuk mengelakkan daging menjadi busuk. Orang dulu-dulu mana ada peti ais kan. Kalau mahu melambatkan daging menjadi busuk dan segar tanpa peti ais, bolehlah menaburkan gula ke atas daging tadi. Mahu gaul pun boleh juga.

Apabila mahu dimasak, basuhlah daging tadi dan ia akan jadi seperti daging segar. Tapi petua ini untuk menyimpan daging beberapa hari sahaja. Kalau terlalu lama, pasti daging yang disimpan itu akan berbau juga.

Petua Memasak Pulut Kuning

Oct-29-2008 By admin

Petua Memasak Pulut Kuning

Rendamkan pulut semalaman agar elok kembangnya. Campurkan beberapa keping asam gelugur atau air kelapa, agar pulut kelihatan berkilat setelah dimasak.

Untuk mengelak pulut cepat basi, perah santan menggunakan air suam. Kemudian panaskan santan dengan garam. Tetapi jangan sampai mendidih.

Didih kukusan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan pulut yang wangi, siat-siatkan daun pandan sebelum tanak atau mengukus.

Gaulkan santan dengan pulut ketika pulut masih panas, agar tidak melekat.